Ada Apa Dgn Abaya....

'ADA APA DENGAN ABAYA........'

 

 

Kain crepe berkualiti
tidak mudah renyuk,
jatuh terletak
mudah digosok
serta kain lebih lembut.

MUNGKIN ramai beranggapan mengenakan abaya ataupun jubah hitam akan menjadikan tubuh lebih cepat berpeluh disebabkan keadaan cuaca persekitaran, tetapi sebenarnya ia bergantung kepada jenis kain yang digunakan. Justeru, menggunakan kain jenis crepe gred A yang berkualiti tinggi menjadi keistimewaan kerana kainnya yang jatuh terletak, tidak mudah renyuk serta memudahkan proses menggosok. Selain itu, abaya jenis ini bukan saja selesa dipakai kerana amat ringan, lembut dan tidak panas malah, ia direka dengan rekaan lebih moden agar dapat memperlihatkan perkembangan fesyen menggunakan abaya secara keseluruhannya.

Kami cuba mendapatkan abaya yang dapat menyerlahkan keanggunan seorang wanita tanpa perlu mendedahkan dan memperlihatkan susuk tubuh mereka kepada umum.

Corak dan perincian yang lebih moden dan tidak terlalu sarat pada abaya kini menjadi pilihan sebahagian Muslimah untuk tampil anggun tetapi masih mengekalkan gaya sopan.

Setiap rekaan juga memiliki gaya tersendiri dan pelanggan boleh mendapatkan corak diingini mengikut saiz badan kerana setiap koleksi disediakan dalam beberapa saiz iaitu
XS(50”), S(52”), M (54”), L (56”), XL (58”) dan XXL (60”)